Mandi Hadas

Bahan rujukan:(wikipedia)

Mandi wajib
ataupun mandi junub adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada 'hadas besar' dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Hukumnya wajib.

Perkara-perkara Yang Membawa Kepada Mandi Wajib

Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :

  • melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
  • jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj.
  • Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)
  • Mati
  • Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.
Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)
  • Keluar darah Haid;
“Jika datang Haid maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”
  • Nifas
  • Melahirkan anak (Wiladah)

Rukun Mandi Wajib

Rukun Mandi ada tiga perkara meliputi

  • Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
  • Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
  • Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

Niat

Niat Mandi Wajib mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan.

Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.

Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.

Bersambung(Cara mandi hadas)

0 comments: